Saturday, January 3, 2009

Penaroka Pegagau ( LKTNS ) menderita

Semporna, Sabah : di antara 171 penaroka Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah dalam bulan November 2008, lepas menerima pendapatan bulanan hasil tuaian buah kelapa sawit oleh pihak pengurusan LKTNS Pegagau, Semporna hanya masing - masing menerima lebihkurang RM37.00 dan RM99.00, sedang beberapa bulan yang lalu lebihkurang RM250.00 dan RM350.00. Pendapatan awal tahun 2008 tersebut pernah menjangkau lebihkurang RM1,000.00 sehingga RM3,500.00.

Bagaimanakah penaroka - penaroka ini boleh hidup berterusan dengan pendapatan hanya lebihkurang Rm37.00 dan RM 99.00 sahaja, sedangkan perbelanjaan isi rumah dan persekolahan anak - anak serta bayaran keperluan - keperluan lain yang tinggi.

Diharap pihak yang berkenaan mengambil iniasiatif untuk mengatasi dengan segera kemerosotan mendadak yang melampaui itu dan ikhsan pihak yang berkenaan sangat diperlukan untuk menampung perbelanjaan isi rumah mereka yang menderita agar tidak kebuluran dibumi tercinta Malaysia yang diagung - agungkan aman damai sejahtera dan kaya raya tetapi ada rakyatnya yang menderita kemiskinan hampir - hampir kebuluran ini.

Kenapakah Kerajaan Negeri Sabah berdiam diri dan tidak mengambil contoh daripada Pembangunan Perdana oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak banyak iniasiatifnya dalam pembangunan FELDA seluruh Malaysia dalam pelbagai sektor demi untuk mengatasi permasalahan dan membangunkan penaroka - penaroka seluruh Malaysia.

daripada,

ABDUL RASHID KABOD, Executive MBA ( SCU-BWI ),London UK & Fellowship ( FPIM ),London UK.
Pengerusi Hal - Ehwal Pengguna Negeri Sabah & Labuan
Cawangan Daerah Semporna, Sabah.